Cerita yang bermula pasti ada pengakhirannya,
kitalah yang melakar liku-liku perjalanan,
sama ada terputus ataupun dipenuhi warna-warna ceria,
sedarlah bahawa dunia itu sementara,
janganlah terlalu leka mengejar nikmat yang menjanjikan kepalsuan semata-mata,
mungkin coretanku ini tidak bermakna,
namun pengertian dan natijahnya begitu berbeza,
ilmu dunia hanya kepuraan semata-mata,
yang dituntut hanyalah iman di akhirat sana,
berjuanglah demi masa depanmu,
untungnya bukan untuk ibumu,
bukan bapamu,
bukan kekasihmu,
bukan rakan-rakanmu,
tapi hanya satu,
demi menjanjikan keredhaannya,
Tuhan yang satu..
geselan pena:
adzha...
No comments:
Post a Comment