Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN:ADAT ATAUPUN RUKUN??

     Ramadhan:Adat ataupun rukun??..suatu persoalan yang patut dberi perhatian mendalam oleh semua pihak.Tidak dinafikan kedatangan ramadhan disambut meriah oleh semua golongan masyarakat.Namun,apkah ibadah yang dilakukan dalam bulan yang mulia ini hanya dijadikan sebagai suatu kebiasaan yang perlu dilakukan kerana kita telah dilatih oleh ibubapa untuk berpuasa sejak kecil lagi?Ataupun kita melihat orang lain berpuasa maka kita juga turut berpuasa?Di manakah letaknya semangat ingin berpuasa dalam diri individu masing-masing?

     Ramai di antara kita berlumba-lumba melakukan ibadah di bulan puasa.Sememangnya suasana pada bulan raamadhan begitu meriah.Ramai muda-mudi,suami isteri,ibu bapa,dan juga kanak-kanak berpusu-pusu kemasjid dan surau untuk melakukan solat sunat terawih.Ketika ini semestinya parkir kereta sudah penuh dan ada yang terpaksa meletakkan kereta di bahu jalan yang jauh daripada masjid.Di sini bukan saya ingin menceritakan kemeriahan bulan puasa itu,Namun sedarkah kita yang ibadah terawih  ini hanyalah sunat.Ya,tidak dinafikan sunat itu mendapat pahala.Tetapi mengapa mesti hanya bulan ramadan sahaja?adakah bulan lain tidak mendapat pahala?Contohnya,pada bulan puasa kita mampu mengerjakan ibadah terawih yang bilangannya 11 bersama solat sunat witir.Malahan ada yang mengejar pahala pada bulan ini dengan mengerjakan sebanyak 23 rakaat.Tetapi adakah pada bulan-bulan lain kita tidak mampu?Lihatlah berapa ramai yang ke masjid pada selain bulan ramadan.Berapa ramai yang mengerjakan solat sunat rawatib?Adakah kerana kita mengetahui ganjaran pada bulan ramadan sahaja?            

       
          Saya juga tidak pasti akan pemikiran masyarakat sekarang.Bukanlah hendak mengatakan saya ini sempurna.Cuma saya ingin membuat spekulasi sahaja.Ada diantara kita yang berpuasa namun meninggalkan solat.Kenapa kita berpuasa jika solat ditinggalkan?Adakah kerana puasa itu rukun?Jika puasa tu rukun,sembahyang juga merupakan rukun islam yang wajib ditunaikan.Ada juga diantara kita yang mengerjakan ibadah puasa.Namun tidak memakai tudung,memakai seluar pendek,membuka aurat.Kenapa kita berpuasa sekiranya kita membuka aurat?Jika puasa itu wajib,menutup aurat itu  juga wajib!

        Sedikit bingkisan yang saya coretkan ini bukan untuk menunding jari kearah mana-mana pihak jauh sekali ingin menunjukkan kepandaian.Namun diharapkan persoalan diatas dapat diambil sebagai peringatan mahupun pengajaran.Sama-samalah kita berusaha memenuhi bulan puasa ini dengan amalan-amalan yang dapat menambah pahala dan mencari keredhaannya.SELAMAT BERPUASA.

No comments:

Post a Comment